Monday, 29 April 2013

Sahabat .. Kuatkan Dirimu ..Teguhkan Imanmu ..




Setelah aku mendengar luahan hati seorang insan
Barulah aku sedar betapa kukuhnya cinta yang kalian bina
Mungkin kelayakan untuk memberikan pandangan
Tidak ada pada diriku

Namun..


Ini mungkin naluri seorang sahabat
Yang tidak sanggup untuk melihat
Saudaranya yang bersama-sama melaungkan
Laa Ilaha Illallah
Jatuh..
Jatuh tanpa berbuat apa
Sahabat..

Jodoh itu Rahsia Allah SWT

Sekuat manapun kita setia
Selama mana kita menunggu
Sehebat mana kita merancang
Setabah mana kita bersabar
Sejujur mana kita menerima dirinya

Jika taQdir Allah
Kita bukan untuk dirinya
Kita tidak akan bersama dengannya
Jika kita tercipta buatnya
Pasti tiada yang dapat menghalang kita
Untuk bersamanya
Pasti akan bersama

Sahabat

Cinta itu..
Cinta sebenar hanya kepada Pencipta kita
Adakah pantas cinta kepada dia melebihi cinta kepada Dia ??

Rindu itu..
Rindu yang sebenar hanya kepada Pencipta kita
adakah pantas rindu kepada dia melebihi rindu kepada Dia ?

Bahagia itu..
Bahagia yang sebenar hanya ketika bersama Pencipta kita
Adakah pantas kita bahagia bersama dia berbanding Dia ??

Sahabat..
Kupinta.. Jangan dilihat pada diriku
Tapi lihatlah pada kalamku
Kerana diriku juga Insan biasa sepertimu
Cuma..diriku
Ingin bermadah
Aku Berjaya Melaluinya..
Alhamdulillah..

Yakinlah..
Jika dia tercatat buatmu
Pasti ada tempat untukmu di hatinya
suatu hari nanti

Sahabat
Kita merancang
Namun sebaik-baik perancang adalah Allah Taala
Allah tahu apa yang terbaik buat kita

Wa ‘asa an Takrahu Syaia
Wahua Khoirullakum
Wa’asa an tuhibbu syaia
Wahua Syarrullakum..

Sunday, 28 April 2013

Seandainya dia milikku 1




Esaiment Bahasa Arab





Mataku masih terpaku di depan laptop acer ku.  Terpahat namanya sebagai Special Edition Olympic WorldWide Partner.  Skrin 14 inci membuatkan mataku terbuka luas untuk menatapnya.  Tanpa ku sedari hatiku berbisik “ Alhamdulillah ”.  Jika ku kira-kira semula jumlah elaun yang ku terima setiap bulan, belum cukup untuk ku memiliki laptop yang serba mewah bagiku ini.  

Alhamdulillah dengan bantuan Allah Taala, Dia telah menghantar seseorang untuk membantuku di saat ku amat memerlukan.  Dia tidak ingin namanya disebut bila ditanya dek banyak persoalan yang timbul dalam kalangan sahabat-sahabatku.  Agak menghairankan bagi mereka kerana aku mampu memiliki si acer ini.

“Allah..lemahnya hambaMu ini dalam mempelajari Bahasa SyurgaMu ini..”, rintihku kesedihan sambil mengurut dahi yang tidak berkerut. Bahasa Arab merupakan subjek minor bagi kos yg aku diambil di institusi ini.  Bahagia mempelajarinya namun halangan sering mendatang.

Namun dugaan yang sering mendatang itu pasti  akan hilang bisanya apabila aku teringat hadis Baginda SAW .. Siapa yang berusaha di jalan menuntut Ilmu pasti akan dimudahkan baginya jalan ke syurga.  Destinasi abadi itulah yang menjadi kekuatan diriku untuk terus berjuang di arena ini.

Sedang ku menaip huruf-huruf Al Quran satu demi satu, tanpa disedari suasana yang sunyi sepi dalam bilikku ini telah mengheret diriku ke satu alam yang lain.  Terkaku  jari-jemariku.

“ Amboi Ustaz, tengok sepa tu? ” usik Raizan kepadaku.
“Eh, sepa? Manada tengok sepa-sepa..” balasku mencantas usikan Raizan.
“Macam la aku tak nampak tadi, dia limpas terus kau tengok dia kan?? ”
“Hehe..tersengaja bah.. bukan sengaja. ” gurauku..namun dalam hatiku tetap mengatakan tidak sengaja.

Sudah banyak kali aku terserempak dengannya namun aku hanya berbuat endah tak endah sahaja.  Kadang-kadang aku hanya terlihat dari jauh sahaja.  Mengapa aku katakan ter ? Kerana hatiku seringkali mengingatkan bibirku untuk mengucapkan Astaghfirullah.

               Firman Allah Taala sering menjadi kekuatanku untuk menjaga pandangan.
"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka
menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram)."
(Surah An-Nur, Ayat: 30)

               Tidak semena-mena, fikiranku terundur ke belakang.  Kembali ke masa sebelumnya namun tidaklah keterbelakang sangat.  

               Selepas beberapa bulan aku menjejakkan kaki di institusi ini, pertama kali ku terlihat dirinya ketika dia sedang bertungkus-lumus memasak di tepi dapur masjid bersama sahabat yang lain.  Hujung minggu itu ada program bersama anak-anak yatim.  Jangkaanku dia merupakan salah seorang AJK Penyediaan Makanan.  Entah betul kah tidak..  hihihi.. suka hati jak meneka..

 Aku hanya bersahaja melihatnya ketika dia sedang memasak.  Sambil-sambil itu aku berbual dengan Afdhal. Rakan sekelasnya.Tiada yang menarik perhatianku, cuma tertarik dengan pemakaian yang agak mengkagumkan. Tudung labuh menguasai pakaian yang lain. Hampir tidak nampak t-shirt hijau berlengan panjang yang dipakainya.

               Traappp..!! Terhenti lamunanku di situ sahaja. Rupanya sahabatku Ustaz Nas masuk tanpa memberi salam. Pintu bilik diselak begitu sahaja.  Terkejut bukan kepalang aku dibuatnya. Istighfar bertapak di bibir. 

“Zali, Maksud soalan ne begini bah kan.  Enta sudah buat kah? Mau I’rab begini bah kn.” Panjang persoalan yang dikemukakan kepadaku.  Ustaz Nas rupanya ingin bertanya soalan.

“Jap ya.. ana tengok dulu soalannya yang mana..ini kah? ” soalku..
“Aduhaii, rumitnya di fikiran tu..” usik Ustaz Nas.
“ Aik..mana da..” balasku.

Sedang Ustaz Nas sedang sibuk bercakap, aku memalingkan wajahku ke tepi sambil  tersenyum.  Teringatkan kejadian sebentar tadi.  “Aduh..malunya jika Nas tau apa yg ana  khayalkan tadi..” Lamunanku mengingat kembali perkara yang ingin ku pendamkan  sebentar tadi hilang  begitu sahaja dipadam bunyi sentapan pintu bilik yang agak kuat.

Tiba-tiba rasa bersyukur yang amat sangat..Allah tidak tinggalkan aku untuk terus berada di alam khayalan.  Dia telah menyelamatkan diriku dari azabnya kelalaian.. Alhamdulillah zikirku padaNya..

Ya Allah, kuatkan hati hambaMu ini ya Allah.. Tetapkanlah hati ini untuk terus menjaga hati kecil ini..  Yakinkanlah hambaMu ini bahawa belum tiba masanya ya Allah..Tenangkanlah hati kurniaanMu ini..tenangkan hati ini dengan cahaya ibadah dan pengabdian kepadaMu..Bimbinglah hambaMu ini di setiap langkahku ya Allah..



Amiinn..
Seandainya Dia Milikku..