بِسْمِ الله
الرَّحْمٰنِ الرَّحِيمِ
الْحَمْدُ
لِلّٰهِ رَبِّ الْعٰلَمِينَ، الصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَىٰ أَشْرَفِ
الأَنْبِيَاءِ والْمُرْسَلِينَ، سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ اٰلِهِ وَصَحْبِهِ
أَجْمَعِينَ. اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْئَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا, وَقَلْبًا خَاشِعًا،
وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً ،وَرِزْقًا وَاسِعًا. يَا فَتَّاحُ يَا عَلِيمُ، نَوِّرْ
قُلُوبَنَا بِنُورِ مَعْرِفَتِكَ، وَافْتحْ لَنَا فُتُوحَ الْعَارِفِينَ.
Ya Allah Ya Tuhan kami,
Ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa
ibu bapa kami, dosa guru-guru kami dan dosa sekalian muslimin dan muslimat.
Ya Rahman Ya Rahim,
Sesungguhnya kami memohon
kepadaMu ilmu yang bermanfaat, hati yang khusyuk, amalan yang Engkau redhai,
rezeki yang luas dan jalan yang lurus. Bukakanlah pintu hati kami agar mendapat
TaufiQ dan HidayahMu.
Ya Aziz Ya Jabbar,
Kurniakanlah kepada kami iman
yang teguh, akal yang tajam, tubuh badan yang sihat dan budi pekerti yang
mulia. Jadikanlah kami generasi rabbani yang berbakti kepada agama, masyarakat
dan negara. Mudahkanlah segala urusan kami, dan sudahkanlah urusan kami dengan
kesempurnaan, mudah-mudahan kami akan tergolong dalam golongan hambaMu yang
tekun dan IstiQamah dalam memikul tanggungjawab.
Ya Dzaljalali wal Ikram,
Jadikanlah perhimpunan kami pada
hari ini sebagai suatu jalan permuafakatan yang Engkau redai, mudah-mudahan
segala keputusan dan tindakan kami menepati syariat dan perintahMu.
Ya Mujibas Sailin,
Kabulkanlah kiranya permohonan
kami ini, sesungguhnya Engkaulah yang maha Mendengar lagi maha Mengetahui, dan
ampunkanlah kiranya dosa-dosa kami, kerana sesungguhnya hanya Engkaulah yang
maha Penerima Taubat lagi maha Mengasihani.
اٰمِين، اٰمِين يَا
رَبَّ الْعٰلَمِينَ، رَبَّنَا عَلَيْكَ تَوَكَّلْنَا، وَإِلَيْكَ أَنَبْنَا، وَإِلَيْكَ
الْمَصِير. وَصَلَّ اللهُ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ اٰلِهِ وَصَحْبِهِ
وَبَارَكَ وَسَلَّمْ، والْحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ الْعٰلَمِينَ
No comments:
Post a Comment